Mercu tanda Oxford

Puncak menara idaman Oxford yang menghadap Christ Church di sebelah selatan (Katedral Christ Church terletak di sebelah kiri, manakala Menara Tom terletak di sebelah kanan).


Kolej All Souls pada senjakala.Medan segi empat utama University College.Pandangan udara pusat bandar Oxford.

Oxford memiliki banyak tarikan pelancong yang utama, dengan banyaknya dimiliki oleh universiti dan kolej. Selain daripada memiliki banyak institusi yang terkemuka, pusat bandar juga merupakan tempat asal kepada Menara Carfax dan University Church of St Mary the Virgin, dengan kedua-duanya menawarkan pemandangan puncak-puncak menara bandar raya. Banyak pelancong membeli-belah di Covered Market yang bersejarah. Pada musim panas, berperahu jalur di Sungai Thames/Isis dan di daerah Cherwell merupakan kegiatan yang popular.

University of Oxford

University of Oxford ialah salah satu universiti yang terkenal di dunia, dengan banyak ahli akademik datang ke universiti ini dari seluruh pelosok dunia.

Pusat Bandar

Selain daripada merupakan pemandangan yang luar biasa kepada pelancong (3.5 juta orang setiap tahun), Pusat Bandaraya Oxford ialah lokasi yang sangat menarik untuk pembeli-belah, serta juga lokasi yang baik untuk bergaul. Bangunan-bangunan sejarahnya juga menyebabkan lokasi ini menjadi satu sasaran yang popular kepada pekerja filem dan televisyen.

Pusat bandar raya agak kecil dan berpusat di Carfax, Oxford, satu simpang jalan di mana terletaknya menara jam dan merupakan tempat pertemuan Cornmarket Street (kawasan jalan kaki), Queen Street (separa kawasan jalan kaki), St Aldate, dan The High. Cornmarket Street dan Queen Street menampung berbagai-bagai kedai rantaian serta sebilangan kecil peruncit bebas, dengan Boswells yang diasaskan pada 1738 merupakan salah satu kedai yang paling lama.[12] St Aldate memiliki hanya beberapa kedai tetapi menampung sebilangan bangunan kerajaan tempatan, termasuklah Dewan Perbandaran, balai polis bandar raya, dan pejabat majlis tempatan. The High (perkataan street bukanlah sebahagian nama jalan ini) memilik sebilangan kedai rantaian atasan yang bebas.

Terdapat juga dua pusat beli-belah yang kecil di pusat bandar raya, iaitu:

  • The Clarendon Centre; [13] dan
  • The Westgate Centre.[14]

The Westgate Centre dinamai sempena nama West Gate yang asal di dalam kawasan tembok bandar raya, dan terletak di hujung barat Queen Street. Ia agak kecil dan menampung sebilangan kedai rantaian dan sebuah pasar raya. Pusat Beli-belah Westgate kini sedang menjalani pembersihan yang besar-besaran tetapi berkontroversi.[15] Rancangannya melibatkan perluasan saiz pusat sebanyak tiga kali ganda menjadi 750,000 ka2 (70,000 m2). Ia merangkumi sebuah tempat letak kereta bawah tanah yang baharu untuk 1,335 buah kereta serta 90 buah kedai dan bar yang baharu, termasuk juga sebuah gedung serbaneka John Lewis seluas 230,000 ka2 (21,000 m2). Terdapat juga sebuah sistem pengangkutan baharu dan diperbaik serta satu pembersihan untuk seluruh pusat yang sedia ada dan untuk kawasan Dataran Bonn yang berhampiran. Rancangan pembangunan Oxford juga merangkumi sebilangan rumah yang baharu yang dijangka akan disiapkan pada 2011.

Buku Blackwell

Kedai buku BlackwellsOxford University Museum of Natural History.Hotel Malmaison di Kastil Oxford.

Buku Kedai Blackwell ialah satu tarikan pelancong yang amat sangat popular di Oxford. Bilik Norringtonnya yang dalam dan luas (10,000 kaki persegi) merupakan bilik tunggal jualan buku yang terbesar di seluruh Eropah.

Tarikan yang lain